Xi Tandatangan Dekri

(CRI)Khamis 29 Jun 2023

Presiden Xi Jinping menandatangani dekri selepas badan perundangan tertinggi China meluluskan dua buah undang-undang baharu pada Rabu.

Undang-undang mengenai Pembinaan Persekitaran Hidup Bebas Halangan dan Undang-undang Hubungan Luar Negeri Republik Rakyat China diluluskan pada sesi ketiga Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14.

Difahamkan, undang-undang mengenai persekitaran hidup bebas halangan akan berkuat kuasa bermula 1 September, manakala undang-undang berkaitan hubungan luar negeri bakal dikuatkuasakan mulai 1 Julai.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan