Taman Zootopia Pertama Buka di Disneyland Shanghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 20 Disember 2023
Taman Zootopia Pertama Buka di Disneyland Shanghai
Foto bertarikh 19 Disember 2023 ini menunjukkan upacara pembukaan taman Zootopia di Resort Disney Shanghai, timur China. (Xinhua/Liu Ying)

Resort Disney Shanghai pada Selasa merasmikan taman Zootopia yang pertama di dunia, sebagai sebahagian usaha Syarikat Walt Disney untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran pelancongan China yang sedang tumbuh pesat.

Menurut pengumuman Resort Disney Shanghai, tarikan terbaru ini, yang dibina dengan filem “Zootopia” terbitan Studio Animasi Walt Disney sebagai tema, akan dibuka kepada awam pada Rabu.

“Filem Zootopia kami yang cukup popular terus memberikan kegembiraan kepada peminat di seluruh dunia, terutamanya di China, dan kami berbesar hati dapat memberi kepada tetamu Resort Disney Shanghai peluang untuk berinteraksi dengan cerita-cerita dan watak-watak yang mereka gemari dengan cara baharu yang inovatif ketika melawat taman ini,” kata Bob Iger, CEO Syarikat Walt Disney.

Pembukaan Zootopia, taman bertema kelapan yang diperkenalkan di Disneyland Shanghai, menandakan peluasan kedua pada skala sebesar ini bagi Resort Disney Shanghai. Pembinaan tarikan terbaru itu bermula pada Disember 2019.

“Asalkan masih ada daya imaginasi dan cerita-cerita dalam dunia ini, Resort Disney Shanghai belum lagi lengkap,” ujar Josh D’Amaro, pengerusi Disney Experiences.

Video

Berita Berkaitan