- Lain-lain
Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai

Shanghai, bandar raya di timur China, menduduki tangga teratas dalam ranking bandar China dari segi agregat ekonomi selama bertahun-tahun.
Selain prestasi cemerlang dalam bidang ekonomi, kewangan, perdagangan, dan perkapalan, Shanghai juga tidak ketinggalan dalam sektor pertanian.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa ladang moden berskala besar telah dibina di daerah Jinshan di pinggir bandar Shanghai, menggunakan teknologi terkini dalam penanaman dan penternakan, sehingga membina ladang-ladang itu menjadi taman ekspo pertanian.

Taman Ekspo Pertanian Jiufeng mempunyai rumah hijau pertanian pintar moden terbesar dan berfungsi paling lengkap di Asia, iaitu 100,000 meter persegi dalam satu unit. Sebanyak lebih 100 jenis sayuran solanaceous ditanam di sini, dengan jumlah pengeluaran harian mencapai 5 hingga 6 tan, selain jualan tahunan melebihi RMB100 juta (RM64 juta).

Dalam pada itu, taman ini antara pangkalan demonstrasi eksperimen Pusat Standard Kualiti Sayuran Kebangsaan, robot memetik, meronda dan mengangkat demi mempromosikan pembinaan ladang tanpa petani, selain menjadi destinasi pelancongan popularisasi sains pertanian di Shanghai.
 Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
 Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
 Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
 Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
 Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Cili Hasilan Bohu untuk Kegunaan Bahan Warna Merah
- Pesta Menuai Disambut Meriah
- Xi Sampai Salam Sempena Pesta Menuai
- Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou
- Musim Menuai di Pekan Ra'og, Tibet
- Xi Tekankan Peningkatan Perlindungan dan Kualiti Tanah Ladang
- Nilai Tambah Sektor Pertanian China Meningkat 3.3 Peratus
- Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan
- China Untukkan 10 Bilion Subsidi Pertanian
- Lumba Bajak Meriahkan Pesta Tani di Sichuan
 
				 
			