Projek Pangkalan Industri Bijirin, Minyak Minhe Malaysia Dilancarkan di Qinzhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 Disember 2023

Upacara pecah tanah projek Pangkalan Industri Bijirin dan Minyak Minhe. (China News Agency/Lai Jiechang)

Upacara pecah tanah projek Pangkalan Industri Bijirin dan Minyak Minhe. (China News Agency/Lai Jiechang)

Upacara pecah tanah Pangkalan Industri Bijirin dan Minyak Minhe telah berlangsung di kawasan Pelabuhan Qinzhou pada 20 Disember, menandakan bermulanya satu lagi projek Malaysia yang akan bertapak di Zon Rintis Perdagangan Bebas China (Guangxi).

Ini merupakan projek penting di bawah rangka program “Dua Negara, Dua Taman” China dan Malaysia bagi tahun 2023, yang dilaksanakan dengan pelaburan dan juga dibina oleh syarikat multinasional Malaysia.

Dengan menggunakan kemudahan sistem rantaian bekalan perdagangan pukal komoditi seperti sumber minyak sawit antarabangsa+domestik dan mil sawit, tangki simpanan minyak dan pangkalan pemprosesan dalam akan dibina di kawasan pelabuhan Qinzhou. Sebuah pusat agihan untuk pengimportan, perdagangan, penyimpanan dan pengangkutan minyak sawit dan mil sawit juga akan ditubuhkan bersama oleh China, Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain.

Pihak Malaysia Minhe International Limited memaklumkan bahawa syarikat mereka akan beribu pejabat di Qinzhou, dan memanfaatkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Taman Perindustrian China-Malaysia itu untuk meneroka pasaran China menerusi saluran darat-laut baharu di sebelah barat.

Perkembangan ini juga akan menyuntik penggerak baharu kepada usaha memperluas, memperkukuh dan melengkapkan industri bijirin dan minyak di kawasan Pelabuhan Qinzhou, sekali gus melanjutkan lagi bidang kerjasama antara China dan Malaysia yang membabitkan program “Dua Negara, Dua Taman”.

Video

Berita Berkaitan