Israel Serang Sasaran Milik Hezbollah

(CRI)Isnin 08 Januari 2024

Pertempuran sengit antara Lubnan dengan Israel masih berlarutan di sempadan sementara kedua-dua negara pada Ahad.

Menurut tentera Israel, pihaknya telah melancarkan serangan udara ke atas sasaran milik kumpulan Hezbollah.

Selain itu, tentera Israel juga berjaya menghalang sebuah objek yang terbang masuk ke wilayah Israel dari Lubnan pada malam Sabtu.

Menurut laporan The Times of Israel, pekan Metula yang terletak di utara Israel diserang oleh beberapa peluru roket dari Lubnan pada Ahad.

Dalam pada itu, sebuah hotel terkena sebutir peluru roket, namun tidak menyebabkan kecederaan dan kematian.

Video

Berita Berkaitan