Gulangyu, Menapak Mengikut Sejarah Panjang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Februari 2024
Gulangyu, Menapak Mengikut Sejarah Panjang
Pemandangan laut di Gulangyu. (foto/People's Daily Online)

Gulangyu atau Kulangsu, merupakan sebuah pulau yang terletak di bandar Xiamen, provinsi Fujian. Tempat ini diberikan gelaran “taman di laut” kerana cuaca nyaman sepanjang tahun, dan juga dipanggil “Muzium Seni Bina Dunia” kerana terdapat banyak bangunan bersejarah di situ.

Sejarah yang panjang mencorakkan landskap budaya unik yang dapat dilihat di Gulangyu hari ini. Sejak 1844, sebanyak 13 negara telah membuka konsulat di pulau pejalan kaki itu. Bahkan, Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan negara-negara lain juga membuka gereja, sekolah, hospital, bank dan syarikat. Kehadiran ciri-ciri pembinaan dari luar ini turut menjadikan Gulangyu tempat pertembungan budaya China dan Barat, dengan lebih 1,000 bangunan dibina dari hujung abad ke-19 hingga separuh pertama abad-20, yang kebanyakannya menggabungkan unsur-unsur tradisional China dan gaya seni bina Barat.

Jawatankuasa Warisan Dunia berpendapat bahawa Gulangyu telah menyaksikan sejarah persefahaman dan pembangunan bersama antara tamadun yang berbeza, dan menyediakan rujukan untuk pembangunan bersepadu antara budaya berbeza di China dan tempat-tempat lain.

Pada 8 Julai 2017, “Gulangyu: Komuniti Sejarah Antarabangsa” (Kulangsu, a Historic International Settlement) dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia, menjadi projek Warisan Dunia ke-52 China.

Video

Berita Berkaitan