Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 31 Ogos 2023

Rumah tanah berbentuk bulat dan segi empat dibina rapat, bersepadu dengan persekitaran semula jadi. (China Daily/Shen Zhijian)

Rumah tanah berbentuk bulat dan segi empat dibina rapat, bersepadu dengan persekitaran semula jadi. (China Daily/Shen Zhijian)

Pembinaan bercirikan etnik tradisional dilihat semakin menggamit perhatian para pelancong.

Menurut laporan wartawan China Daily, Yang Feiyue, ini kerana mereka diberi peluang untuk menghayati sendiri seni bina dan keunikan fungsi bangunan seumpama.

Di tengah-tengah persekitaran yang indah dengan elemen seperti laluan berbatu buntar, jejak laluan lama yang ditinggalkan oleh kereta lembu, tanah ladang subur dan sungai yang mengalir jernih, terdapatnya sekumpulan bangunan bersejarah yang terserlah bak permata di pekan purba Yunshuiyao.

Dikenali sebagai tulou atau rumah tanah, binaan berbentuk bulat dan segi empat tepat itu kebanyakannya terletak di antara sawah serta ladang teh dan tembakau. Malah, sebahagian daripadanya boleh menempatkan sehingga 800 orang.

Dibina sekitar halaman terbuka di tengah dengan hanya satu pintu masuk dan satu tingkap di bahagian luar tingkat atas, rumah tanah ini mempunyai dinding diperbuat daripada tanah liat kuning pudar dan bumbung kayu coklat gelap yang kelihatan sangat menarik.

Pada masa sama, gayanya juga boleh disesuaikan dengan persekitaran tempatan, sekali gus membuka peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan, sambil memberikan rasa damai dan tenang.

"Kami melihat jumlah pelancong semakin meningkat, (dan) kebanyakannya datang kerana ingin lebih tahu tentang tulou," kata Zhang Mintai, anak jati tempatan yang telah menyaksikan naiknya populariti pekannya di kaunti Nanjing, bandar Zhangzhou, di provinsi Fujian, tenggara China.

Video

Berita Berkaitan