BRI Jadi Faktor Budaya Dunhuang Semakin Dikenali

(CRI)Jumaat 08 September 2023

China sentiasa memberi perhatian besar kepada perlindungan warisan budaya dan pelbagai projek pemuliharaan yang dilaksanakan berjaya mencapai hasil yang memuaskan dalam tempoh tiga dekad ini.

Pengarah Akademi Dunhuang, Su Bomin berkata, perlindungan warisan budaya di China kini telah memasuki fasa matang.

Jelasnya, dengan pengalaman, teknologi, serta bahan yang sedia ada, China dapat memberikan bantuan teknikal dan berkongsi pengalaman kepada negara lain.

"Selain itu, dengan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang semakin mendalam, interaksi antara negara dan kaum menjadi semakin kerap."

"Kini, semakin ramai yang memahami keterbukaan serta keinklusifan budaya China dan Dunhuang, yang juga merupakan keunikan bangsa China," ujar beliau.

Untuk rekod, Akademi Dunhuang yang ditubuhkan pada 1944, telah melaksanakan perlindungan groto, penyelidikan ilmu Dunhuang, serta penerimaan pelawat.

"Selama bertahun-tahun, penyelidikan Dunhuang mengenai mural dan aktiviti pertukaran budaya Jalan Sutera telah mengumpul banyak hasil kajian," kata Su.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 BRI pada tahun ini, budaya Dunhuang turut semakin dikenali oleh seluruh dunia, sekali gus akan meningkatkan pertukaran budaya negara dan wilayah di sepanjang Jalur dan Laluan.

Video

Berita Berkaitan