China Jadi Pengeksport Automobil Terbesar Dunia

(CRI)Jumaat 02 Februari 2024

China buat pertama kalinya mendahului Jepun sebagai pengeksport automobil terbesar dunia pada 2023.

Menurut data Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), jumlah kenderaan yang dieksport oleh China mencecah 4.91 juta pada tahun lepas.

Data yang dikeluarkan Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) pula mendapati negara itu mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023.

Video

Berita Berkaitan