China, Malaysia Umum Logo Peringatan Ulang Tahun ke-50 Hubungan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 05 Februari 2024

Dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Kedutaan Besar China di Malaysia, Duta Besar China Ouyang Yujing bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengumumkan logo peringatan ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Difahamkan, reka bentuk loga itu diinspirasikan daripada batik. Warna merah, biru dan kuning adalah daripada bendera kedua-dua negara. Ia juga mengandungi corak Tembok Besar dan panda gergasi yang melambangkan China serta Menara Berkembar Petronas dan bunga raya yang melambangkan Malaysia, menyerlahkan keakraban persahabatan dua negara yang berganding bahu dan berkongsi nasib.

Video

Berita Berkaitan