Anak Panda Tampil Berkumpulan di Sichuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 07 Februari 2024
Anak Panda Tampil Berkumpulan di Sichuan
Kakitangan mendakap anak panda gergasi semasa acara penampilan berkumpulan di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi di Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China, 2 Februari 2024. (Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu/Xinhua)

Dua pertubuhan pembiakan panda terkemuka di provinsi Sichuan bersama-sama mengeluarkan video pada Selasa lalu dengan 24 anak panda baru lahir, sempena Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 10 Februari ini.

Dalam video itu, 14 penjaga dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China dan 10 rakan setugas dari Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu mendakap anak panda yang lahir pada tahun lepas, menzahirkan harapan agar semua penonton selamat dan sejahtera sepanjang Tahun Naga.

Menurut pegawai maklumat pusat itu, Qiu Yu, sudah menjadi tradisi bagi kedua-dua badan untuk mempamerkan panda yang baru lahir kepada pelawat pada hari cuti utama.

Video

Berita Berkaitan