"Duta Panda" Xing Xing, Liang Liang, Rai Hari Jadi Ke-17 di Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 Ogos 2023
Panda gergasi Xing Xing menikmati hadiah hari jadi di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di Zoo Negara, Kuala Lumpur, 23 Ogos 2023. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang meneruskan peranan mereka sebagai "duta" ke Malaysia apabila kedua-duanya meraikan hari jadi ke-17 pada Rabu.

Dalam satu majlis, kedua-dua ekor panda yang berperanan penting dalam mempromosikan hubungan erat dan harmoni antara China dan Malaysia sejak tiba di Kuala Lumpur pada 2014 itu dihadiahkan dengan "kek ais" serta hidangan lain sebagai tanda sambutan hari istimewa mereka di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi, Zoo Negara.

Ramai yang hadir untuk memeriahkan majlis itu dan ada juga individu yang memakai pakaian serta aksesori bertemakan panda sambil melihat telatah Xing Xing dan Liang Liang menikmati kek hari jadi.

Video

Berita Berkaitan