Oleh-oleh Penuh Sekereta, Tanda Dalamnya Kasih (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 19 Februari 2024
Oleh-oleh Penuh Sekereta, Tanda Dalamnya Kasih
Dalam montaj bertarikh 16 Februari 2024 ini, dapat dilihat Hu Jungang (tengah) dan isteri, Dou Fan serta anak mereka, Hu Enfei menunggu kereta api ke Nanchang (gambar atas), dan bagasi berisi makanan istimewa yang disediakan oleh ibu Hu (gambar bawah), di Stesen Kereta Api Timur Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Wang Chun)

Sesampainya penghujung musim cuti Tahun Baharu Cina, kereta di serata negara Tembok Besar membonjol sarat - berisi penuh bukan sahaja dengan bagasi tetapi juga dengan oleh-oleh sebagai tanda kasih, teristimewa daripada ayah dan bonda yang menyambut girang kepulangan anak tersayang.

Rata-rata, warganet ghairah berkongsi gambar dan video yang menunjukkan bahagian but kereta masing-masing penuh melimpah. Mereka dengan suka-suka membuat perbandingan sambil berkongsi pahit manis saat hendak berangkat pergi.

Selain habuan biasa seperti sayur, daging, telur dan tepung, ada juga yang telah membawa tradisi ini ke tahap seterusnya.

Video

Berita Berkaitan