Oleh-oleh Penuh Sekereta, Tanda Dalamnya Kasih

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 19 Februari 2024
Oleh-oleh Penuh Sekereta, Tanda Dalamnya Kasih
Dalam montaj bertarikh 16 Februari 2024 ini, kelihatan Zhang Xiaomeng (paling kiri) bersama isteri, He Hui dan anak, Zhang Xihe di hadapan kereta mereka (gambar atas), dan but kereta yang berisi makanan istimewa buatan sendiri (gambar bawah), di kampung Luoding, pekan Qutang di Hai’an, provinsi Jiangsu, timur China. Memandangkan cuti Tahun Baharu Cina hampir berakhir, orang di merata-rata negara bersedia untuk berangkat dari kampung halaman untuk pulang ke rumah dan tempat kerja masing-masing. (Foto oleh Xu Jingbai/Xinhua)

Sesampainya penghujung musim cuti Tahun Baharu Cina, kereta di serata negara Tembok Besar membonjol sarat - berisi penuh bukan sahaja dengan bagasi tetapi juga dengan oleh-oleh sebagai tanda kasih, teristimewa daripada ayah dan bonda yang menyambut girang kepulangan anak tersayang.

Rata-rata, warganet ghairah berkongsi gambar dan video yang menunjukkan bahagian but kereta masing-masing penuh melimpah. Mereka dengan suka-suka membuat perbandingan sambil berkongsi pahit manis saat hendak berangkat pergi.

Selain habuan biasa seperti sayur, daging, telur dan tepung, ada juga yang telah membawa tradisi ini ke tahap seterusnya.

Video

Berita Berkaitan