Aktiviti Warna-warni Serikan Pesta Chongyang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 Oktober 2023
Aktiviti Warna-warni Serikan Pesta Chongyang
Pada 22 Oktober, semasa acara sambutan Chongyang di kampung Yaodu, pekan Dongzhi, provinsi Anhui, seorang pelakon teknik ubah wajah Opera Sichuan membuat persembahan interaktif dengan warga emas tempatan. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Dengan ketibaan Pesta Chongyang, aktiviti yang berwarna-warni telah diadakan di pelbagai tempat untuk menyambut perayaan tradisional ini dan menyampaikan rasa hormat yang mendalam kepada warga emas.

Festival ini juga dikenali sebagai Festival Sembilan Ganda kerana jatuh pada hari ke-9 bulan ke-9 dalam kalendar qamari. Angka 9-9 memiliki erti “selamanya” dan “panjang umur” dalam budaya Cina. Pada tahun 1989, Pesta Chongyang ditetapkan juga sebagai Hari Orang Tua oleh kerajaan China pada masa itu.

Video

Berita Berkaitan