Lima Jabatan Ekonomi dan Perdagangan Fokuskan Isu Pembangunan yang Berkualiti

(CRI)Khamis 07 Mac 2024
Lima Jabatan Ekonomi dan Perdagangan Fokuskan Isu Pembangunan yang Berkualiti

Sidang media yang bertema ekonomi sempena Persidangan Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 telah diadakan di Beijing petang Rabu. Pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan, Bank Rakyat China dan Suruhanjaya Penyeliaan Sekuriti China (CSRC) telah menjawab pertanyaan mengenai topik ekonomi hangat dan membuat penjelasan secara terperinci tentang hala tuju kerajaan dalam penggubalan dasar bagi masa depan.

China menyasarkan ekonomi pada tahun ini bertumbuh pada kadar kira-kira 5%. Ini termaktub dalam laporan kerja kerajaan yang diserahkan kepada persidangan kedua NPC ke-14 untuk dibahaskan. Sehubungan itu, Pengerusi NDRC, Zheng Shanjie menyatakan bahawa kebolehlaksanaan sasaran yang baru dikeluarkan itu adalah terbukti secara saintifik, dan selaras dengan target tahunan yang terkandung dalam Rancangan Lima Tahun (2021-2025) Ke-14 mengenai Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, yang juga dilihat adalah terjangkau melalui suatu lonjakan yang kuat.

Tentang usaha China untuk menstabilkan perdagangan luar pada tahun ini, Menteri Perdagangan, Wang Wentao penuh keyakinan terhadap usaha memperkukuh prestasi perdagangan dan pelaburan luar. Pihaknya akan meningkatkan sokongan terhadap perkhidmatan kewangan, promosi perdagangan dan pertukaran keanggotaan. Dalam suatu jangka masa yang sederhana dan panjang, memperluaskan perdagangan barangan perantaraan, menggalakkan eksport e-dagang rentas sempadan, meningkatkan tahap perdagangan pendigitalan, dan menggalakkan pembangunan perdagangan ke arah mesra alam, akan dijadikan beberapa bidang utama di mana boleh mencetuskan momentum baharu bagi memacu perdagangan luar yang berkualiti tinggi.

Dalam sidang media itu, Gabenor Bank Rakyat China (PBC), Pan Gongsheng menyatakan bahawa PBC akan terus menjalankan pelbagai tugas yang melibatkan peningkatan tahap keterbukaan kewangan termasuk memperincikan pelaksanaan dasar pintu terbuka dari segi institusi, memudahkan pelaburan dan pengumpulan dana bagi perdagangan rentas sempadan, pengantarabangsaan mata wang Renminbi dan pembinaan pusat kewangan antarabangsa, mewujudkan iklim perniagaan yang lebih mesra rakyat dan inklusif.

Video

Berita Berkaitan