Dua Stesen Ditambah di Laluan Kereta Api China-Laos

(CRI)Selasa 12 Mac 2024
Dua Stesen Ditambah di Laluan Kereta Api China-Laos

Dua stesen baharu dibuka di laluan kereta api China-Laos yang berulang alik antara Kunming dan Vientaine, menjadikan jumlah hentian di sepanjang laluan antarabangsa itu mencapai sepuluh.

Kedua-dua stesen baharu itu ialah stesen Yuxi di China dan stesen Mengsai di Laos.

Setakat ini, kereta api China-Laos telah menghantar seramai 145,000 penumpang dari lebih 80 negara yang melakukan perjalanan rentas sempadan.

Semasa musim pengangkutan sempena percutian Tahun Baharu Cina tahun ini, pelancongan di sepanjang laluan kereta api antarabangsa itu menjadi amat hangat. Dalam tempoh terbabit, seramai 3 juta penumpang menggunakan kereta api itu, meningkat 39 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Antaranya lebih 25,000 penumpang mengadakan perjalanan rentas sempadan.

Video

Berita Berkaitan