Manfaatkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Cipta Kehidupan Lebih Baik: Wakil NPC

(CRI)Khamis 14 Mac 2024

Liu Lei, satu-satunya wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari etnik Hezhe yang hanya berpopulasi lebih 5,000 orang.

Dipilih sebagai wakil NPC sejak 2008, Liu merupakan pengarah Pusat Pembangunan e-Niaga di bandar Tongjiang.

Pada zaman dahulu kala, etnik Hezhe yang kebanyakannya mendiami provinsi Heilongjiang di timur laut China, menyara hidup melalui perikanan dan perburuan.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, semakin ramai penduduk etnik itu 'turun' dari kapal dan mula menceburi industri pelancongan berasaskan keunikan budaya sendiri.

Lukisan pada kulit ikan merupakan seni kraftangan istimewa etnik Hezhe.

Menurut Liu, berkat ledakan pelancongan ais dan salji di timur laut, seni tradisional itu semakin diketahui dan digemari ramai sehingga mendapat sambutan baik di platform e-niaga.

Semasa persidangan tahunan NPC, beliau menyarankan supaya sokongan terhadap industri budaya tradisional etnik Hezhe terus dipertingkat dan pelancongan budaya dimajukan melalui kuasa produktif kualiti baharu.

Video

Berita Berkaitan