Daya Bekalan Air Projek Tali Air China Lebihi 900 Bilion Meter Padu

(CRI)Jumaat 15 Mac 2024

China memperkasakan usaha penyaluran air rentas kawasan pengaliran dan wilayah termasuk Projek Penyaluran Air dari Selatan ke Utara sebagai langkah-langkah menambah baik pengagihan sumber air. Daya pembekalan air projek tali air di seluruh negara melebihi 900 bilion meter padu.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Sumber Air China, Liu Weiping dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Sejak China mempercepat pembinaan kawasan pengairan sepuluh tahun lepas, kadar pengairan kawasan pertanian di negara ini mencapai 55 peratus dan ia menyediakan sokongan kukuh kepada tuaian hasil pertanian.

Di samping itu, negara ini juga giat memperkasakan bekalan air di kawasan luar bandar, dan kini kadar penggunaan air paip di kawasan luar bandar mencecah 90 peratus.

Video

Berita Berkaitan