China Majukan Hak Asasi Manusia Berteraskan Rakyat: Wakil China

(CRI)Isnin 18 Mac 2024

Kerajaan negara ini berusaha memajukan hak asasi manusia berteraskan rakyat dan mencapai hasil yang menggalakkan, kata Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarbangsa lain di Switzerland, Chen Xu ketika berucap pada sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Jumaat.

Beliau berkata, China telah berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan mutlak. Pada tahun lalu pula, pendapatan penduduk di kawasan miskin dahulu bertambah sebanyak 8.4 peratus.

Sementara itu, menurut beliau, China giat memajukan demokrasi seluruh proses sehingga rakyat negara ini dapat melibatkan diri dalam urusan negara melalui pelbagai saluran.

Pada masa sama, kebebasan beragama warga negara ini terjamin di sisi undang-undang, dan penganut pelbagai agama hidup secara harmoni.

Chen menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama pelbagai pihak ke arah mewujudkan matlamat "setiap individu dapat menikmati hak asasi manusia".

Video

Berita Berkaitan