Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA

(CRI)Rabu 19 Julai 2023
Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA

Hak asasi manusia hanya akan tertegak dan terjamin dengan adanya pembangunan yang lebih mantap, kata jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning.

Mutakhir ini, resolusi mengenai 'sumbangan pembangunan kepada penikmatan semua hak asasi' yang diserahkan China diluluskan lagi dalam sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Mao berkata, resolusi itu menyeru supaya pihak-pihak terbabit meneroka pendekatan baharu bagi menangani cabaran baharu dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 ketika tempoh pemulihan pasca pandemik.

"Perlunya menggalakkan dan melindungi hak asasi dengan memantapkan pembangunan berkualiti menerusi pemerkasaan perkongsian pembangunan mampan sejagat dan kolaborasi antarabangsa," kata Mao dalam taklimat media di Beijing, pada Selasa.

Dalam sesi UNHRC kali ini, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sudan, Honduras dan beberapa negara lain turut memuji China kerana mengemukakan draf resolusi penting tersebut.

Mereka menyifatkan kelulusan resolusi itu mencerminkan sepenuhnya aspirasi dan suara hati negara-negara membangun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan