China Sokong PBB Perangi Islamofobia

(CRI)Selasa 19 Mac 2024

Beijing menyokong peranan positif yang dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memerangi Islamofobia.

Pendirian itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian susulan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) meluluskan draf resolusi mengenai langkah membanteras Islamofobia sempena Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada 15 Mac.

Lin berkata China merupakan penaja bersama bagi resolusi berkenaan dan bersedia bekerjasama dengan negara Islam serta pihak lain untuk menyemarakkan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan menegakkan keterbukaan dan keterangkuman.

Hendaklah menggalakkan pertukaran dan dialog serta menjaga kepelbagaian tamadun, kata beliau sambil menambah bahawa tindakan kebencian terhadap agama ditolak dengan tegas dan usaha perlu dipergiat untuk menghapuskan gejala Islamofobia dari akar umbi.

Video

Berita Berkaitan