- Lain-lain
China Gesa Hapuskan Rasisme dan Diskriminasi Ras
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi memperingati Hari Antarabangsa Mangsa Perhambaan dan Pemerdagangan Hamba Transatlantik pada 27 Mac.
Kuasa usaha delegasi China ke PBB, Dai Bing ketika berucap menyeru negara-negara berkaitan mengambil tindakan untuk menghapuskan rasisme dan diskriminasi ras dalam apa jua bentuk, dan benar-benar melindungi hak asasi manusia.
Dai Bing menegaskan bahawa pemerdagangan hamba dan perhambaan adalah tindakan pencabulan hak asasi manusia yang paling ngeri, manakala pemerdagangan hamba transatlantik adalah bahagian yang paling gelap dan memalukan dalam sejarah manusia.
Beliau menekankan bahawa masyarakat antarabangsa mesti bertindak bersama-sama untuk menghapuskan kesan perhambaan dan pemerdagangan hamba transatlantik, khususnya mereka yang secara historis mengambil bahagian dalam perhambaan, pemerdagangan hamba transatlantik, dan penjajahan kejam di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Negara-negara itu harus menunjukkan kemahuan politik, menghadapi sejarah, dan memikul tanggungjawab sejarah yang sewajarnya.
- Pencapaian China Jaga Hak Kaum Minoriti Diperkenalkan dalam Sesi Ke-52 UNHR
- China Tegas Sangkal Fitnah Barat
- AS Digesa Kaji Diri, Berhenti Cabuli Hak Asasi Manusia
- China Bersama Pelbagai Pihak Dorong Perkembangan Hak Asasi
- China Kemuka Saranan Berhubung Pelaksanaan UDHR
- China Kemuka Saranan Terhadap Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa di PBB
- Berapa Lagi Mangsa Kekejaman Polis AS?
- Tuduhan Duta AS Penuh Pembohongan: MFA
- Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil
- Xinjiang Lakar Pencapaian Cemerlang dalam Menjamin Hak Asasi Manusia