Standard Kebangsaan untuk Tukang Masak Stimbot

Pakar stimbot Wang Wenjun (tengah, kanan) menunjukkan kepada pelajar cara menumis sos stimbot di Sekolah Katering Wen Zhi Su Chongqing pada 9 Mac. (foto/China Daily)

Pakar stimbot Wang Wenjun (tengah, kanan) menunjukkan kepada pelajar cara menumis sos stimbot di Sekolah Katering Wen Zhi Su Chongqing pada 9 Mac. (foto/China Daily)

Tukang masak stimbot di China kini diukur mengikut piawaian kerja dan penilaian khusus, yang akan memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk cemerlang dalam kerjaya.

Standard stimbot kebangsaan, yang diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial pada Februari, menetapkan satu sistem penilaian lima tahap untuk profesion tersebut.

Menurut pakar, piawaian baharu menetapkan garis panduan kerja dan penilaian secara umum dan seimbang, mengambil kira kepelbagaian dan pembezaan cara memasak stimbot, misalnya stimbot pedas dengan sos yang ditumis kering dan stimbot yang rasanya cair berkuahkan sup cendawan.

“Stimbot China ada bermacam-macam cita rasa,” jelas Wang Wenjun, ketua kumpulan pengarang yang terlibat menyusun standard tukang masak stimbot kebangsaan, yang juga seorang pakar kuisin China.

“Empat jenis utama iaitu pedas, jeruk kobis, tomato dan cendawan, mewakili kira-kira 85 peratus bahagian pasaran.

Katanya, para editor telah melawat ke lapan bandar yang termasyhur kerana cita rasa stimbot yang berbeza, termasuk Chongqing dengan stimbot pedas dan Kunming di provinsi Yunnan dengan stimbot cendawan. Mereka telah menghantar borang soal selidik kepada 85 pertubuhan dan syarikat yang berkaitan dengan stimbot di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat mereka.

Standard peringkat negara ini telah dikemas kini sebanyak 28 kali dalam masa enam tahun sebelum diumumkan secara rasmi pada Februari.

Video

Berita Berkaitan