Wakil China Perincikan Butiran Diplomasi Ulang-alik

(CRI)Jumaat 22 Mac 2024

Wakil khas kerajaan China bagi hal ehwal Eurasia, Li Hui mengadakan lawatan ke Rusia, ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU), Poland, Ukraine, Jerman dan Perancis bermula 2 Mac untuk pusingan kedua diplomasi ulang-alik (shuttle diplomacy) dalam usaha mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

Dalam sesi taklimat di Beijing hari ini, Li memaklumkan sepanjang lawatan itu, beliau bertukar-tukar pendapat secara mendalam dengan pihak terbabit mengenai pendekatan untuk mencapai gencatan senjata dan menamatkan perang secepat mungkin serta menggerakkan penyelesaian krisis berkenaan menerusi saluran politik.

Li berkata semua pihak menghargai usaha pengantaraan yang dilakukan China dan menanti-nantikan China memainkan peranan lebih konstruktif dalam isu berkenaan.

Mereka sependapat bahawa selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan bersama bagi Rusia dan Ukraine, China mampu menjadi pengantara bagi menggalakkan pihak-pihak terbabit mencari titik persamaan sambil menerima perbezaan dan membina konsensus, sekali gus mencipta lebih banyak syarat kondusif untuk rundingan damai.

Video

Berita Berkaitan