Peng Liyuan Tinjau Kerja Cegah Penyakit TB di Changsha

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penyakit tuberkulosis (TB) dan AIDS, Puan Peng Liyuan meninjau kerja mencegah dan merawat penyakit TB di bandar Changsha, provinsi Hunan menjelang Hari TB Sedunia ke-29 yang disambut pada 24 Mac.

Beliau mendengar taklimat mengenai usaha kerajaan tempatan mempromosi ilmu kesihatan kepada masyarakat serta membina mekanisme pencegahan dan kawalan penyakit TB.

Selain itu, Peng juga bertemu mesra dengan petugas perubatan yang berkhidmat untuk komuniti tempatan.

Beliau menzahirkan harapan supaya semua pihak terus berganding bahu ke arah mengakhiri penyebaran penyakit TB.

Video

Berita Berkaitan