CICPE ke-4 Akan Diadakan di Hainan

(CRI)Selasa 26 Mac 2024

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) ke-4 akan diadakan di provinsi Hainan dari 13 hingga 18 April.

Berlangsungnya majlis penandatanganan perjanjian rakan strategik global CICPE ke-4 di bandar Haikou provinsi Hainan semalam, menandakan pendaftaran dan pembidaan yang terbabit telah selesai.

CICPE 2024 merupakan edisi pertama yang akan menyaksikan penganjurannya di seluruh pulau Hainan. Selain satu tapak utama untuk temasya itu, terdapat lagi tiga komponen yang baru ditambah, iaitu komponen kapal layar & bot persiaran, pusat beli-belah bebas cukai, dan kesihatan antarabangsa di beberapa tempat seperti Haikou dan Bo'ao.

Lebih daripada 3,000 jenama dari 59 negara dan wilayah akan ditampilkan dalam premis pameran yang seluas 128,000 meter persegi itu, yang merupakan paling luas dalam sejarah CICPE.

Video

Berita Berkaitan