Enam Kawasan China Masuk Senerai Taman Geologi Global UNESCO

Enam Kawasan China Masuk Senerai Taman Geologi Global UNESCO
Gunung Changbaishan, Provinsi Jilin. (Foto/Xinhua)

Taman geologi Gunung Changbaishan, bersama-sama lima lagi taman geologi China telah memasuki senarai Taman Geologi Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu.

"Lembaga Eksekutif UNESCO telah mengesahkan penambahan 18 tapak kepada rangkaian Taman Geologi Global UNESCO.

“Ia sekali gus menjadikan jumlah taman geologi kepada 213 buah di 48 negara," petik kenyataan PBB yang berpangkalan di Paris itu.

Sebagai tapak yang baru memasuki senarai, Taman Geologi Gunung Changbaishan di Provinsi Jilin, timur laut China, merupakan tempat dengan bentuk muka bumi dramatik dan terdapat pelbagai jenis batu yang mendokumenkan letusan gunung berapi berbilang fasa yang penting.

"Letusan milenium," yang berlaku sekitar 1,000 tahun yang lalu, merupakan salah satu letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah moden dan telah meninggalkan kesan yang berkekalan, mewujudkan pengumpulan piroklastik khas yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Lima lagi taman geologi yang lain ialah Taman Geologi Enshi Grand Canyon-Tenglongdong Cave di Provinsi Hubei, Taman Geologi Linxia di Provinsi Gansu, Taman Geologi Longyan di Provinsi Fujian, Taman Geologi Wugongshan di Provinsi Jiangxi dan Taman Geologi Xingyi Geopark di Provinsi Guizhou.

Video

Berita Berkaitan