Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 April 2024

Pelancong melawat Taman Merlion di Singapura pada 21 Disember 2023. Dasar pengecualian visa dua hala yang dilaksanakan oleh China dan Singapura bermula 9 Februari 2024, akan merancakkan lagi pertukaran antara rakyat. (foto/Xinhua)

Pelancong melawat Taman Merlion di Singapura pada 21 Disember 2023. Dasar pengecualian visa dua hala yang dilaksanakan oleh China dan Singapura bermula 9 Februari 2024, akan merancakkan lagi pertukaran antara rakyat. (foto/Xinhua)

Kemasukan pelancong China dengan banyaknya dalam beberapa bulan lalu telah membolehkan industri pelancongan Asia Tenggara pulih daripada kemerosotan akibat COVID-19, kata penganalisis.

Meskipun China telah lama berstatus pasaran pelancongan penting bagi ASEAN, keputusan Singapura, Malaysia dan Thailand tahun lepas untuk mengecualikan visa terhadap pelancong China telah melonjakkan perolehan sektor berkenaan pada dua bulan pertama tahun ini.

Kemasukan pelancong China tanpa memerlukan visa dilihat sebagai faktor yang menjana perolehan pelancongan ASEAN, menurut John Paolo Rivera, pengarah bersekutu Pusat Pusat Dr Andrew L. Tan di bawah Institut Pengurusan Asia, Filipina.

Maklum Rivera, antara pelancong asing yang melawat Asia Tenggara, pelancong China berbelanja paling banyak.

“Selain daripada volum pelancong China, tabiat berbelanja orang China telah mendorong perbelanjaan dan juga sumbangan pelancongan terhadap KDNK di Asia Tenggara,” katanya, sambil menyatakan bahawa perbelanjaan pelancong telah membantu industri pelancongan ASEAN melantun kembali daripada kerugian akibat pandemik.

Perbelanjaan pelancong China mungkin yang paling besar pengaruhnya pada Singapura.

Data rasmi menunjukkan seramai 13.6 juta warga asing tiba di negara kota itu tahun lepas, dengan China antara tiga pasaran sumber terbesar. Lembaga Pelancongan Singapura melaporkan perolehan pelancongan berjumlah 15 bilion dolar AS pada sembilan bulan pertama 2023. Pelancong China berbelanja paling banyak, merekodkan perbelanjaan melebihi 1.7 bilion dolar AS.

Menyentuh pembukaan laluan penerbangan Kunming-Kuala Lumpur, Manoharan Periasamy, ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berkata bahawa laluan baharu ini membuka pintu kepada “peluang yang besar” untuk mengundang kedatangan lebih ramai pelancong China, terutamanya selepas dasar bebas visa mula berkuat kuasa pada 1 Disember.

Tahun ini, Malaysia menyasarkan 27.3 juta pelancong asing. Daripadanya, 5 juta dijangka dari China.

Video

Berita Berkaitan