Lapangan Terbang Hainan Buka Lagi Enam Laluan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 18 Disember 2023

(foto/IC)

(foto/IC)

Menjelang penghujung tahun ini, lapangan terbang Hainan di selatan China menyaksikan laluan udara antarabangsa dan serantau beroperasi dengan semakin rancak.

Sebanyak enam laluan baharu telah dibuka dalam masa seminggu lalu, termasuk dua laluan antara Haikou-Vientiane, Laos yang memulakan operasi pada 11 Disember, laluan Haikou-Pulau Pinang, Malaysia pada 14 Disember serta laluan Chongqing-Haikou-Bangkok, Thailand pada 15 Disember. Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou Hainan juga membuka dua laluan antarabangsa lain, iaitu ke Nha Trang di Vietnam dan Luang Prabang di Laos, kedua-duanya dalam sehari yang sama.

Sejak awal tahun, lapangan terbang Hainan telah mempercepat pembukaan dan penyambungan semula laluan ke luar negara. Setakat 16 Disember, sebanyak 38 laluan penerbangan penumpang antarabangsa dan serantau telah dipulihkan atau dibuka.

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, 11 lapangan terbang di bawah Hainan Airport Group mengendalikan 340,000 penerbangan pengangkutan dengan aliran penumpang berjumlah 48.11 juta orang, masing-masing naik 8.1 peratus dan 4.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Volum kargo dan mel yang dikendalikan pula mencecah 270,000 tan, meningkat 0.5 peratus.

Menurut jangkaan, bilangan penumpang yang dikendalikan oleh lapangan terbang Hainan sepanjang tahun 2023 ini akan melebihi 50 juta, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah.

Video

Berita Berkaitan