Masa Tepat untuk Hayati Bunga Peony di Luoyang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 April 2024
Masa Tepat untuk Hayati Bunga Peony di Luoyang
(Foto/People's Daily Online)

Mutakhir ini, bandar Luoyang di provinsi Henan diserikan dengan kemekaran bunga Peony yang dijangka berterusan selama sebulan.

Luoyang, dulunya dikenali sebagai Shendu(神都) atau Luoyi(洛邑), merupakan kota bersejarah berusia 4,000 tahun lamanya yang terletak di bahagian tengah China.

Bunga Peony, asalnya dari China, digelar sebagai “Raja bunga” berikutan kuntumnya yang besar dan berwarna terang.

Bunga Peony di bandar Luoyang merangkumi 1,400 baka dengan sepuluh jenis bentuk dan sembilan warna termasuk merah, putih, merah jambu, kuning.

Video

Berita Berkaitan