KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 April 2024

Menurut Naib Pesuruhanjaya Biro Statistik Negara (NBS), Sheng Laiyun, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku pertama 2024 mencatat RMB29.63 trilion (RM19.63 trilion), bertumbuh 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan bertambah 1.6 peratus berbanding suku tahun keempat 2023.

Beliau menjelaskan bahawa, nilai tambah pada suku pertama 2024 yang disumbang industri dengan saiz yang tertentu naik 6.1 peratus, sedangkan yang disumbang sektor pembuatan teknologi tinggi meningkat 7.5 peratus, iaitu naik 2.6 peratus berbanding suku keempat 2023.

Video

Berita Berkaitan