China Tetap Enjin Terbesar bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Pegawai ADB

(CRI)Jumaat 19 April 2024

Pegawai Bank Pembangunan Asia (ADB) berkata, walaupun kelajuan pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan, namun negara ini tetap muncul sebagai enjin terbesar bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Ketua Ahli Ekonomi ADB, Albert Park dalam sidang akhbar mengenai laporan "Prospek Pembangunan Asia 2024" berkata, China ternyata amat penting kerana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu masih menduduki hampir separuh daripada jumlah keseluruhan di rantau Asia.

ADB menjangkakan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan entiti membangun di Asia.

Dikira dari pariti daya beli, China akan menyumbang 18 peratus dalam KDNK dunia, dan 48 peratus dalam KDNK Asia.

Video

Berita Berkaitan