Cerita Bergambar Tukang Bersih di Taman Glasier Gunung Salji Yulong

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 April 2024
Cerita Bergambar Tukang Bersih di Taman Glasier Gunung Salji Yulong
He Dejun (kiri) dan He Xinglan mengumpul silinder oksigen yang tidak digunakan lagi di taman glasier Gunung Sali Yulong di provinsi Yunnan pada 26 Mac. (Xinhua/Chen Xinbo)

Lyu Haowei dan rakan-rakan sekerja dia secara amnya ditugaskan untuk membersihkan sampah-sampah di bahagian cenuram taman glasier Gunung Salji Yulong yang terletak di provinsi Yunnan, barat daya China.

Manakala, sekumpulan pekerja lagi termasuk He Dejun pula dipertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap berdekatan dengan pelantar laluan kawasan pemandangan.

Kedua-dua mereka yang telah bekerja di taman tersebut lebih daripada lapan tahun itu telah menyaksikan peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelancong agar kurang membuang sampah merata-rata.

Gunung Salji Yulong yang dilitupi salji tersebut terletak dibahagian barat laut bandar Lijiang, dengan ketinggian puncaknya berada pada aras 5,596 meter.

Setakat ini, terhadap 19 glasier di gunung dan pelbagai usaha turut dilaksanakan dalam usaha melindungi sistem ekologi tempatan.

Video

Berita Berkaitan