Bagaimana Kampung Xiajiang Menjadi “Kampung Pelancongan Terbaik Dunia”

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 01 November 2023

Baru-baru ini, Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWTO) mengumumkan seranai “Kampung Pelancongan Terbaik Dunia” tahun 2023. Empat kampung di China termasuk kampung Xiajiang di provinsi Zhejiang antara yang tersenarai. Kampung Xiajiang telah menjadi kampung kedua di provinsi Zhejiang yang diberi anugerah ini.

Menjadi “Kampung Pelancongan Terbaik Dunia” tidak mudah. Kampung Xiajiang pernah menghadapi kekangan pembangunan kerana lokasinya di gunung dalam, lalu lintas yang tidak lancar dan tanah pertanian per kapita yang terhad.

Bagaimanakah cabaran ini dirintangi?

Bermula pada tahun 2011, kampung Xiajiang melancarkan projek desa cantik dan mengecat bahagian luar rumah secara seragam. Rumah yang diubah suai kelihatan seperti lukisan dakwat.

Foto menunjukkan pemandangan kediaman kampung Xiajiang di provinsi Zhejiang. (People’s Daily Online/Cheng Haibo)

Foto menunjukkan pemandangan kediaman kampung Xiajiang di provinsi Zhejiang. (People’s Daily Online/Cheng Haibo)

Pada masa yang sama, sebuah taman industri pertanian moden dibina di kampung ini. Penduduk tempatan boleh mengutip sewa dan dividen setiap tahun berdasarkan keluasan tanah yang mereka pindah milik kepada taman ini. Pendapatan menurut cara ini jauh lebih tinggi daripada cara asal iaitu pendapatan hasil penanaman bijirin. Tambahan pula, penduduk tempatan juga boleh bekerja di taman perindustrian pertanian, yang boleh memberi mereka pendapatan tambahan.

Perubahan kampung Xiajiang tidak berhenti di situ.

Pada 2016, Chun’an Qiandao Lake Xiajiang Scenic Area Management Co., Ltd. telah ditubuhkan dan beransur-ansur membangunkan aktiviti pengalaman bertani seperti membuat kuih mochi, ladu beras, kek beras dan sebagainya. Semakin ramai petani berkecimpung dalam industri pelancongan.

Selain itu, kampung Xiajiang menjalankan pemulihan sistem ekologi, mendorong pembinaan pencerna biogas dan pembinaan saluran paip gas asli untuk meningkatkan tahap pengurusan komprehensif sistem air dan pencemaran tanah di kampung dengan menggunakan sumber ekologi. Penambahbaikan persekitaran ekologi telah membuka ruang baharu kepada perkembangan. Kampung Xiajia mengambil peluang ini dan mempromosikan pembangunan bersepadu industri budaya dan pelancongan.

Foto ini menunjukkan kampung Xiajiang di provinsi Zhejiang. (People’s Daily Online/Xia Lixin)

Foto ini menunjukkan kampung Xiajiang di provinsi Zhejiang. (People’s Daily Online/Xia Lixin)

Menurut laporan, kini terdapat lebih 20 jenis industri budaya dan pelancongan di kampung Xiajiang. Pada 2022, kampung Xiajiang menerima sejumlah 409,500 pelancong dengan menjana pendapatan sebanyak 65.65 juta yuan (kira-kira 42.82 juta ringgit).

Video

Berita Berkaitan