Auto Beijing 2024 Pamer Perkembangan Terkini Industri Kereta

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 April 2024
Auto Beijing 2024 Pamer Perkembangan Terkini Industri Kereta
Auto Beijing 2024 menarik ramai orang datang berkunjung. (People’s Daily Online/Che Kemeng)

Bertemakan "New Era, New Cars", Pameran Automotif Antarabangsa Beijing yang turut dikenali sebagai Auto Beijing edisi ke-18 sedang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa China (Chaoyang & Shunyi) sehingga 4 Mei ini.

Acara yang bermula pada 25 April itu dilihat menarik penyertaan kenderaan jenama dalam dan luar negeri yang mempamerkan produk terkini masing-masing.

Dimaklumkan, sebanyak 117 kereta baru membuat debut pada pameran itu dengan 30 daripadanya adalah keluaran syarikat multinasional. Turut sama dipamerkan adalah 41 kereta konsep dan 278 kereta tenaga baharu.

Video

Berita Berkaitan