Kira-kira Seratus Penunjuk Perasaan Pro-Palestin Ditahan Polis

(CRI)Ahad 28 April 2024

Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), Universiti Northeastern di Boston, Massachusetts, menyatakan bahawa polis tempatan telah merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan yang pro-Palestin di kampus universiti berkenaan pada Sabtu dan kira-kira 100 orang ditahan.

Menurut laporan itu, penunjuk perasaan yang memegang dokumen sah Universiti Northeastern telah dibebaskan, namun mereka akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan universiti terbabit, dan bukannya tindakan undang-undang.

Ini operasi tangkapan besar-besaran kali kedua yang dilakukan di kampus universiti di Boston pada minggu ini.

Video

Berita Berkaitan