Xi Balas Surat Sukarelawan, Galak Mereka Promosi Perlindungan Air

(CRI)Rabu 14 Ogos 2024

Presiden Xi Jinping membalas surat sukarelawan yang bertugas di kawasan takungan Danjiangkou di bandar Shiyan, provinsi Hubei dengan kata-kata galakan supaya mereka terus menyumbang kepada modenisasi yang menjunjung keharmonian antara manusia dan alam.

Beliau turut menyampaikan mogaan baik kepada sukarelawan yang berkecimbung dalam perlindungan ekologi di seluruh negara sempena Hari Ekologi Negara yang jatuh pada Khamis.

Xi berkata bahawa beliau amat gembira mengetahui makin ramai penduduk di kawasan takungan itu menyertai pasukan sukarelawan. Kesungguhan mereka telah mengindahkan lagi persekitaran tempatan dengan air yang lebih jernih dan gunung yang lebih hijau.

Beliau berharap mereka terus menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan memotivasikan lebih ramai orang terlibat dalam usaha melindungi dan menjimatkan air, di samping berganding bahu membina China yang indah.

Video

Berita Berkaitan