Ladang Biji Sesawi Lonjak Pelancongan di Menyuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 September 2024

Kaunti Autonomi Menyuan Hui di Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, barat laut China, kini sedang bermekaran. Ladang biji sesawi yang luas di kaunti ini menarik kunjungan ramai pelancong untuk menyaksikan landskap keemas-emasan yang penuh menakjubkan.

Ladang biji sesawi menyelimuti Kauni Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Zhang Liping)

Ladang biji sesawi menyelimuti Kauni Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Zhang Liping)

Pada Julai 2024, Menyuan telah meraikan Festival Budaya dan Pelancongan Bunga Biji Sesawi yang ke-25.

Lebih 25 tahun, Menyuan telah mempertingkatkan landskap bunga biji sesawinya, sehingga berjaya memperoleh gelaran "Salah satu daripada 10 Laut Bunga Teratas di Dunia" dan "Laut Bunga Biji Sesawi Paling Cantik di China."

Bagi penduduk tempatan, penghargaan tersebut telah membawa pengiktirafan dan peluang dari sudut ekonomi.

 Gunung Zhaobi di atas Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)

Gunung Zhaobi di atas Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)

Difahamkan, kaunti ini telah menyaksikan pertumbuhan pelancongan yang ketara. Sejak 2014, jumlah hotel telah meningkat 3.8 kali ganda kepada 65, dan kemudahan pelancongan tani pula melonjak hampir 12 kali ganda kepada 95. Manakala, tenaga kerja pelancongan telah berkembang kepada 3,600 pekerja, sekali gus menyaksikan peningkatan 3.27 kali ganda.

Kenderaan melalui lautan bunga biji sawi di Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Gu Feifei)

Kenderaan melalui lautan bunga biji sawi di Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Gu Feifei)

Pada 2023, Kampung Menyuan memperoleh lebih RMB38 juta (AS$5.3 juta), dan sejumlah besarnya adalah daripada pelancongan biji sesawi.

"Ekonomi bunga" telah memainkan peranan penting dalam pemulihan luar bandar di wilayah tersebut, dengan bunga sesawi menjadi sumber pendapatan yang lumayan bagi masyarakat setempat.

Untuk rekod, wilayah itu telah menanam biji sesawi selama 1,800 tahun, yang secara tidak langsung menjadi model untuk pengeluaran hasil tinggi di utara China.

Biji serai dan barli tanah tinggi yang sedia untuk dituai pada bulan September di Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai di barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)

Wakil daripada biro pertanian tempatan, Ma Wenkui berkata bahawa kawasan penanaman biji sesawi di daerah itu berjaya konsisten melebihi 16,675 hektar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pekerja membungkus produk minyak biji sesawi di Syarikat Qinghai Shengtaiyuan Logistics Service di Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai di barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)

Pengeluaran yang banyak ini telah mendorong perniagaan tempatan untuk mencari pasaran baharu.

Xing Yonghong, ketua pejabat am Syarikat Qinghai Shengtaiyuan Logistics Service berkata pihaknya telah memperluaskan pengedaran ke Lanzhou, ibu kota Provini Gansu yang berdekatan pada baru-baru ini,

"Kami telah menyediakan produk bijirin dan minyak kami di pasar raya utama di sana," kata Xing.

Produk bijirin dan minyak daripada Syarikat Qinghai Shengtaiyuan Logistics Service di Kaunti Autonomi Menyuan Hui, Wilayah Autonomi Tibet Haibei, Provinsi Qinghai di barat laut China. (People’s Daily Online/Zhang Hongyi)

Penunggang basikal mengayuh melalui ladang biji sesawi semasa perlumbaan Tour of Qinghai Lake di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gu Feifei)

Penunggang basikal mengayuh melalui ladang biji sesawi semasa perlumbaan Tour of Qinghai Lake di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gu Feifei)

Video

Berita Berkaitan