Litium - “Minyak Putih” di Tasik Garam Qinghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 Oktober 2023

Saya Yan Xiongzhong dari Qinghai Salt Lake Industrial Co., Ltd.

Tempat kerja saya di Tasik Garam Qarham, yang juga tasik garam terbesar di China. Di perairan ini, tersembunyinya “minyak putih”, iaitu litium! Litium merupakan sumber strategik yang penting. Dalam era tenaga baharu, telefon bimbit, komputer riba, kenderaan elektrik… semuanya memerlukan litium. Kehidupan harian kita sudah tidak dapat dipisahkan daripada litium.

Foto ini menunjukkan Tasik Garam Qarham di provinsi Qinghai. (foto/IC))

Foto ini menunjukkan Tasik Garam Qarham di provinsi Qinghai. (foto/IC))

70% sumber litium dunia tersembunyi di tasik garam. Provinsi Qinghai mempunyai rizab bersamaan 14.687 juta tan litium karbonat, menyumbang 43% daripada jumlah keseluruhan China. Provinsi Qinghai juga mengekalkan 77% sumber tasik garam daripada keseluruhan di China. Oleh itu, salah satu matlamat pembangunan utama yang digariskan oleh Presiden Xi Jinping adalah mempercepat pembinaan sebuah pangkalan industri berkaitan tasik masin yang bertaraf dunia.

Mengekstrak litium daripada tasik garam ialah teknologi baharu. Berbanding dengan cara tradisional yang mengekstrak litium daripada bijih, cara baharu tersebut bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi juga menjimatkan kos. Dengan kerja keras, Qinghai berjaya mengatasi masalah yang membebani dunia dalam pengekstrakan litium daripada air garam yang mempunyai kandungan litium rendah. Proses keseluruhan daripada air garam mentah kepada produk litium karbonat hanya mengambil masa 10 jam, dan kos pemprosesan jauh lebih rendah daripada cara tradisional. Pada tahun lepas, pengeluaran litium karbonat mencapai 100,000 tan. Hari ini, Qinghai telah menjadi peneraju global dalam teknologi pengekstrakan litium dari tasik garam.

Qinghai juga membentuk rantaian industri bateri litium yang lengkap yang merangkumi proses pengekstrakan litium dari tasik garam, pengeluaran bahan elektrod positif dan negatif, pengeluaran tembaga dan aluminium serta bahan lain untuk bateri litium, penyimpanan sumber tenaga, penggunaan kenderaan tenaga baharu dan sebagainya.

Qinghai telah menjadi provinsi bahan utama dalam industri tasik garam. Banyak syarikat bateri gergasi domestik menganggap Qinghai sebagai pangkalan pengeluaran dan pembuatan bateri yang penting. Industri kenderaan tenaga baharu dan produk berkaitan berturut-turut masuk ke Qinghai, memberikan sokongan padu kepada provinsi itu untuk membina kelompok industri bateri litium yang bernilai 100 bilion yuan.

Qinghai merancang terus membangunkan industri litium hijau ke arah menawarkan produk litium yang boleh memenuhi pelbagai keperluan, dengan pengaruh meluas di persada global.

Video

Berita Berkaitan