- Lain-lain
Ledakan Aktiviti Sukan Luar Beri Dimensi Baharu Sektor Pelancongan
Ketika ini, China sedang menyaksikan lonjakan dalam penyertaan sukan luar dan pengembaraan pelancongan dengan sebahagian daripadanya didorong oleh keterujaan acara seperti Sukan Olimpik Paris.
Memetik data daripada agensi pelancongan dalam talian LY.com, jumlah warga China yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan luar dari Januari hingga Julai dilihat melonjak sebanyak 19 peratus dari tahun ke tahun, dengan sukan berbasikal dan mendaki menjadi pendahulu.
Foto memperlihatkan pelancong sedang berakit di kawasan pemadangan di kaunti Shibing, Kawasan Autonomi Qiandongnan Miao dan Dong di Provinsi Guizhou. (Foto Mo Guibin)
Menurut platform dalam talian terkemuka seperti Meituan, carian untuk terma seperti ‘berbasikal di taman’ dan ‘berkhemah dan barbeku di luar’ telah naik mendadak, sementara pertanyaan mengenai sukan mendaki telah meningkat hampir dua kali ganda sejak awal tahun ini.
Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap penggemar sukan luar, 98.8 peratus responden menjawab bahawa mereka terlibat dalam aktiviti rekreasi luar.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, semakin banyak tempat telah menawarkan pengalaman pelancongan yang bertemakan sukan luar dengan memanfaatkan landskap semula jadi unik masing-masing.
Via ferrata, laluan pendakian berbantu yang menampilkan kabel tetap, tangga dan jambatan, telah menyaksikan lonjakan populariti di kawasan pemandangan Grand Canyon di Zhangjiajie, Provinsi Hunan, tengah China.
Difahamkan, angka penyertaan pada musim panas kali ini ini adalah lebih dua kali ganda berbanding tahun lepas. Kawasan ini juga telah mengembangkan tawaran pengembaraannya untuk memasukkan aktiviti seperti terjun lelabah.
Peminat sukan mengayuh basikal di sebatang jalan di bandar Nanjing, Provinsi Jiangsu. (Foto Fang Dongxu)
Ledakan sukan luar dilihat telah memberi dimensi baharu terhadap sektor pelancongan China.
Misalnya, destinasi yang kurang dikenali semakin terkenal seperti bandar Wanning di Provinsi Hainan di selatan China, kini menjadi tempat tumpuan bagi penggemar luncur air.
Kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi memanfaatkan trend ini, menyepadukan sukan luar ke dalam strategi pelancongan masing-masing, serta giat membangunkan rangkaian denai kembara, laluan berbasikal dan kemudahan sukan, sekali gus menggabungkan rekreasi luar dengan pelancongan luar bandar dan pengalaman pertanian.
Bagi Provinsi Yunnan di barat daya China, yang terkenal dengan landskapnya yang menakjubkan, mereka berada di barisan hadapan pergerakan ini dengan keaktifannya dalam penganjuran pesta maraton dan berbasikal sambil mempromosikan aktiviti seperti sukan permotoran, paragliding dan papan kayuh.
Pelancong meluncur di Teluk Riyue di bandar Wanning, Provinsi Hainan di selatan China. (Foto Meng Zhongde)
Selain itu, provinsi tersebut juga membangunkan zon sukan luar di sepanjang kawasan utama, termasuk Kawasan Perlindungan Tiga Sungai Selari dan laluan kereta api China-Laos dan Yunnan-Vietnam.
Zon ini menampilkan 32 jadual perjalanan jalan raya premium dengan tapak perkhemahan kereta, direka untuk mempromosikan pelancongan pengembaraan di sepanjang koridor rel tersebut.
Dengan lebih 400 juta warga China kini terlibat dalam sukan luar, negara Tembok Besar it menyasarkan untuk mengembangkan industri kepada RMB3 trilion (AS$425 bilion) menjelang 2025.
Ia secara tidak langsung memperlihatkan penekanan terhadap kedua-dua potensi ekonomi sektor itu dan peralihan budaya ke arah riadah aktif berasaskan alam semula jadi.
- Pemandu Pelancong Tempatan Berbahasa Asing Lonjak Kepopularan ‘China Travel’
- Tarikan Ais di China Menonjol Pada Pameran Pelancongan Singapura
- Kisah Seorang Pemuda China, Berbasikal Rentas Asia Tenggara
- Duta Besar China ke AS: Jom Melancong ke China Tanpa Ragu-ragu
- Aktiviti Pelancongan Warna-warni Rangsang Perbelanjaan
- China Alu-alukan Lebih Ramai Pelancong
- China Ikrar Terima Pelancong Seluruh Dunia Dengan Tangan Terbuka
- Trend Pakai Baju Tradisional di Muzium Tular di Luoyang
- Pakai Hanfu Melancong, Trend Pemuda China
- Pelancongan Tema Angkasa Lepas di Gurun Gobi