- Lain-lain
Sukan Tradisional Kekal Relevan, Suntik Keterujaan Penonton
Temasya Sukan Tradisional Kebangsaan Etnik Minoriti ke-12 membuka tirainya pada 22 November lalu dan dijadual berlangsung selama 9 hari di Sanya, Provinsi Hainan, selatan China.
Ia yang menampilkan 18 pertandingan serta 170 demonstrasi telah menarik penyertaan seramai 6,960 atlet dari seluruh China.
Acara popular seperti memanjat pokok kelapa, lumba kaki bajang, kayak buluh tunggal, lumba papan-kasut, pertandingan Yajia dan buaian, serta semua sukan tradisional dari pelbagai kumpulan etnik.
Sukan tradisional dari etnik minoriti Hainan iaitu memanjat pokok kelapa telah membuat kemunculan sulung sebagai sukan rasmi pada tahun ini. Untuk memenangi acara itu, atlet perlu memanjat pokok setinggi 9 meter untuk lelaki dan 7 meter untuk perempuan, seterusnya membunyikan loceng di atas pokok.
Foto atlet bersaing dalam acara lumba kaki bajang. (Dari CCTV News)
Acara lumba kaki bajang yang berasal dari kumpulan etnik Miao telah menarik tumpuan sejumlah besar penonton. Sukan tersebut menyaksikan atlet perlu mengimbangkan badan pada dua galah panjang dengan menaikan ketinggian mereka kepada 30-35 sentimeter dari atas tanah.
Kebiasaannya, atlet akan menggunakan buluh sebagai galah dan sukan itu memerlukan atlet untuk mempunyai kepantasan dan teknik bagi melaraskan pergerakan tangan dan kaki di sisi yang sama berulang kali.
Satu lagi sukan iaitu kayak buluh tunggal pula memerlukan kelengkapan yang paling minumum iaitu sebatang buluh dan satu kayu panjang.
Foto atlet mengambil bahagian dalam acara kayak buluh tunggal. (Dari CCTV News)
Bagi atlet pula, mereka perlu berdiri dengan berkaki ayam pada batang buluh di atas air, dan menggunakan buluh lebih nipis sebagai kayak.
Manakala, acara lumba papan-kasut pula merupakan aktiviti berpasukan dengan tiga kategori iaitu lelaki, perempuan dan campuran berganti-ganti yang menyaksikan atlet berkongsi sepasang kasut papan, seterusnya bergerak secara serentak di atas trek.
Atlet sedang bertanding dalam Yajia, sukan tradional yang dikenali sebagai ‘tarik tali gajah’ dari Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China. (Dari CCTV News)
Yajia, yang turut terkenal sebagai ‘tarik tali gajah’ pula adalah sukan etnik dari Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China. Sukan ini memerlukan dua atlet merangkak dan menarik tali sutera panjang yang dililit di leher mereka, bertujuan untuk menarik tali itu melintasi garisan yang ditetapkan.
Sukan buaian tradisional telah menjadi sebagai sebahagian daripada Sukan Tradisional Kebangsaan Etnik Minoriti sejak 1986.
Atlet bersaing dalam acara buaian tradisional. (Dari CCTV News)
Pertandingan set buaian mempunyai dua kategori iaitu capai ketinggian dan membunyikan loceng. Atlet akan bersaing pada buaian tradisional sama ada untuk mencapai ketinggian maksimum atau membunyikan loceng sebanyak beberapa kali.
Pada temasya itu, acara seperti bola mutiara, Hua Pao, sepak bulu tangkis, bola kayu dan tembak busur silang turut dipertandingkan.
Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Atlet Cilik China Dinobatkan Juara Trek Pam Kebangsaan
- Ledakan Sukan di China Cipta Peluang Kerja Baharu
- Diabolo Lahirkan Rakyat Berbadan Sihat
- Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur
- Kejohanan Luncur Layang-layang Kebangsaan 2023 Buka Tirai di Hainan
- Berkhemah Kembali Rancak di China
- Sukan Asia Hangzhou Lancarkan Pembawa Obor Digital
- Jalankan Sukan Ekstrem Hayunan Tali Tinggi di Zhangjiajie, Hunan