Liu Guangyu, Artisan Warisi Teknik Pembinaan Kapal

(CRI)Khamis 28 November 2024

Liu Guangyu, 73, seorang artisan berasal dari kampung Majiazhai, kaunti Baiyangdian, provinsi Hebei menunjukkan minat terhadap pembinaan kapal sejak kecil lagi.

Liu mengikut datuk, bapa dan jirannya mempelajari teknik pembuatan kapal. Ketika berusia 16 tahun, dia mampu menghasilkan kapal secara bersendirian. Empat tahun kemudian, dia sudah pun menguasai kemahiran reka bentuk dan pembinaan pelbagai jenis kapal.

Selain kapal yang biasa diguna pakai di Baiyangdian, Liu juga pernah terlibat dalam kerja mereka bentuk dan membina kapal persiaran, perahu layar dan bot nelayan di serata tempat. 

Pada 2023, Liu dianugerahkan gelaran 'artisan desa' oleh kerajaan tempatan provinsi Hebei.

Enggan melihat teknik pembuatan kapal lenyap ditelan zaman, artisan itu membuka sebuah muzium budaya kapal di rumah sendiri.

Dalam muzium itu, pelbagai model kapal kayu yang dihasilkan Liu sendiri tersusun rapi di atas rak-rak untuk dipertontonkan secara percuma kepada umum.

Liu juga menyusun dan menghasilkan dokumen yang mencatatkan budaya kapal Baiyangdian dan sejarah pembinaan kapal Majiazhai.

Video

Berita Berkaitan