Berduyun-duyung Datang Tonton Tarian Rakyat

Berduyun-duyung Datang Tonton Tarian Rakyat
Penari mempersembahkan Tarian Gendang Pinggang Gaya Lama Hengshan di jalanan di Yulin, provinsi Shaanxi, 13 Februari. (Shaanxi Daily/Li Xujia)

Daripada Tarian Pertempuran hinggalah Tarian Gendang Pinggang Kemenangan, seniman rakyat mengenakan kostum berkilauan dengan alatan berwarna-warna seperti kipas, sapu tangan, jangkungan dan naga setiap kali naik ke pentas pada Pameran Yangko Kebangsaan. Sebahagian sambutan Tahun Baharu Cina, acara itu diadakan pada 13 hingga 24 Februari di Yulin, provinsi Shaanxi.

Pameran itu adalah yang pertama seumpama di China, melibatkan 35 pasukan dengan hampir 3,000 ahli dari sembilan kawasan peringkat provinsi. Diatur oleh bandar Yulin yang terletak di Penara Loess, utara Shaanxi, pameran itu juga mendapat sokongan jabatan-jabatan budaya dan pelancongan peringkat negara dan provinsi.

Yangko merupakan satu istilah yang merujuk kepada bentuk seni nyanyian dan tarian rakyat secara berkumpulan dan berformasi yang wujud di serata China. Seni ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh petani zaman purba yang menyanyi dan menari sambil bekerja.

Dengan gerak-geri yang penuh semangat, rentak yang rancak, muzik yang meriah serta suasana perayaan, persembahan itu sering dipertontonkan pada hari-hari kebesaran seperti Tahun Baharu Cina atau juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga.

Selepas berabad-abad diamalkan, yangko berkembang subur di merata-rata negara, hasil penerapan alatan, alat muzik dan cerita-cerita rakyat tempatan.

“Sebanyak 26 item warisan tak ketara peringkat negara dan 5 warisan tak ketara peringkat provinsi berada di pentas yang sama,” kata Zhang Shengbao, ketua pengarah pameran.

“Kami berharap orang dapat menghayati kekuatan maskulin dalam persembahan kami, dan juga budaya tak terkekang Shaanbei (utara Shaanxi) yang dicirikan oleh tanah gersang dan iklim buruk,” ujar Liu Zhenjun, ketua kesatuan sekerja biro budaya dan pelancongan daerah Hengshan.

Katanya lagi, Tarian Gendang Pinggang Gaya Lama Hengshan akan dipersembahkan semasa satu acara promosi pelancongan antarabangsa yang dijadualkan pada Mac.

Video

Berita Berkaitan