- Lain-lain
China Seru Dialog dan Kerjasama bagi Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, China menyeru pelbagai pihak untuk menepati manifesto dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengadakan dialog dan kerjasama yang bersifat membina dalam bidang hak asasi manusia, dan bekerjasama untuk memacu pembangunan hak asasi manusia antarabangsa.
Mao menambah, China juga berharap negara-negara tertentu mengetepikan "diplomasi mikrofon" dan menghentikan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman negara lain dengan bertopengkan isu hak asasi manusia.
Hari Hak Asasi Manusia Dunia yang jatuh pada 10 Disember 2024 menandakan ulang tahun ke-76 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Mao berkata, UDHR yang diterima pakai pada 76 tahun yang lalu mempunyai makna penting dalam sejarah tamadun manusia dan memberi pengaruh mendalam terhadap pembangunan hak asasi manusia dunia.
“China sentiasa menghormati dan menumpukan kepada perlindungan hak asasi manusia, berpegang kepada konsep pembangunan berpaksikan rakyat, dan sudah mencapai hasil yang boleh merupakan detik-detik sejarah dalam bidang hak asasi manusia.
“Lebih 300 langkah pembaharuan yang melibatkan bidang ekonomi, politik, kebudayaan, kehidupan sosial dan perlindungan ekologi yang dikemukakan dalam sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China kondusif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan berkesan, menggalakkan kesaksamaan dan keadilan dalam masyarakat dan memastikan kelancaran, kelangsungan dan keterjaminan dalam bidang hak asasi manusia,” kata Mao.
- China Terbitkan Laporan Pembangunan Hak Asasi Manusia 2024
- Manipulasi Politik Segelintir Kuasa Pasti Gagal: Wang Yi
- China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2023
- China Majukan Hak Asasi Manusia Berteraskan Rakyat: Wakil China
- China Komited Promosi Kemajuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
- Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi
- China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia
- Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia
- Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia
- UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya