- Lain-lain
Dakapi Masa Depan Lebih Luas Dalam Mengejar Pemodenan China
“Dalam menuju jalan baharu pemodenan China, semua individu adalah watak utama, setiap usaha adalah penting, dan setiap sinaran cahaya itu bersinar,” demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2025.
Dalam perutusan tersebut, Xi telah mengulas perjalanan luar biasa yang disempurnakan oleh rakyat China di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) sepanjang tahun lalu, menggembleng kekuatan daya kolektif oleh semua rakyat untuk mencapai perpaduan.
Pertunjukan cahaya diadakan di Institut Seni Halus Sichuan kampus Huxi di daerah Shapingba, Chongqing, barat daya China pada 31 Disember 2024. (Foto oleh Sun Kaifang)
Mesej yang disampaikan Xi mencerminkan tekad dan keyakinan China kepada dunia untuk menjadi negara yang kuat dan memajukan agenda rejuvenasi dalam segenap aspek menerusi pemodenan China.
2024 merupakan tahun yang penting bagi China untuk mencapai objektif dan tugas-tugas yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025).
Dalam mendepani cabaran ekoran dinamika dunia dan tempatan yang berevolusi, Jawatankuasa Pusat PKC dengan Xi sebagai tunjangnya telah bersatu dan menerajui seluruh ahlinya dan rakyat China untuk melaluinya dengan tenang.
Ia disusuli dengan pelaksanaan dasar yang menyeluruh, meraih kejayaan dalam mengejar pembangunan berkualiti tinggi, seterusnya mencapai sasaran utama termasuk pembangunan sosial dan ekonomi tahun 2024.
Dengan langkah-langkah kukuh baharu yang diambil dalam memajukan pemodenan, KDNK China pada 2024 dijangka melepasi angka RMB130 trilion (AS$17.81 trilion).
Memetik artikel akhbar tempatan Kenya, The Standard menyebut bahawa kisah pembangunan China merupakan satu visi yang direalisasikan menerusi usaha dan tekad yang bersepadu.
Menurut laporan bancian kebangsaan China yang kelima yang disiarkan baru-baru ini, ia menunjukkan bahawa sumbangan purata China sebagai negara ekonomi kedua terbesar dunia kepada pertumbuhan ekonomi dunia kekal sekitar 30 peratus untuk lima tahun kebelakangan ini, secara tidak langsung menjadikan ia pendorong utama dalam pertumbuhan ekonomi global.
Mempromosi pembangunan berteraskan invoasi dan hijau
Dalam tempoh setahun yang lalu, China telah membuat kemajuan yang kukuh dalam pembangunan hijau serta inovasi sains dan teknologi, selain secara berterusan mencipta kejayaan dalam pembangunan berkualiti tinggi.
Foto bertarikh 30 Disember 2024 ini memaparkan keindahan tanglung di kawasan kebudayaan di Nanning, wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China. (Foto oleh Yu Xiangquan)
Padang pasir Taklimakan yang merupakan padang pasir terbesar di China dan padang pasir bergerak kedua terbesar di dunia secara rasminya telah dikelilingi oleh jalur hijau penghadang pasir sehingga 3,000 kilometer. Pada masa sama, pengeluaran kenderaan tenaga baharu tahunan China turut mencipta rekod dengan melepasi angka 10 juta.
Agensi berita Financial Times baru-baru ini menunjukkan bahawa kenderaan elektrik dijangka akan mengatasi jualan kenderaan biasa di China buat julung-julung kalinya pada 2025.
Laporan Indeks Inovasi Global 2024 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), China telah mendaki tangga ke-11 dunia sebagai ekonomi paling inovatif dunia, sekali gus menjadikan ia antara negara paling pantas membangun dalam tempoh sedekad yang lalu.
Pekerja sedang mengimpal kenderaan tenaga baharu (NEV) di barisan pengeluaran sebuah kilang pembuatan kereta Chery Holding Group di Wuhu, Provinsi Anhui, timur China pada 12 Disember 2024. (Foto oleh Cheng Yibao)
Menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan
“Antara semua tugas kita, paling utamanya adalah untuk memastikan kebahagiaan kehidupan rakyat,” kata Xi dalam perutusannya.
Di seluruh China, rakyat dalam pelbagai bidang bekerja keras untuk memenuhi impian, dan menikmati kehidupan masing-masing.
Suasana penuh bertenaga ini menggambarkan China turut mengambil langkah berasaskan rakyat, iaitu pembangunannya adalah untuk rakyat, dilaksanakan oleh rakyat dan hasilnya dikongsi bersama oleh rakyat.
Memetik jurnal Weekly Blitz dari Bangladesh, ia menyifatkan perjalanan pemodenan China bukan sekadar berkisarkan harta benda, tetapi ia tertanam di dalam falsafah berteraskan rakyat. Ia juga menyebut bahawa hasil pemodenan China telah ditransformasi kepada kejayaan yang dapat dilihat dalam kualiti kehidupan rakyat biasanya.
Mengalu-alukan 2025 dengan harapan dan keyakinan
"Kami akan mara ke hadapan dengan langkah besar untuk memajukan pembaharuan dan membuka diri sebagai trend zaman kita. Kami pasti akan menerima prospek yang lebih luas dalam meneruskan pemodenan China dalam proses pembaharuan dan keterbukaan," kata Xi.
Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 pada Sidang Pleno Ketiganya menyuarakan seruan untuk memperdalam pembaharuan menyeluruh.
Tahun 2025 akan menyaksikan berakhirnya Rancangan Lima Tahun China ke-14. China akan berpegang kepada prinsip umum untuk mengejar kemajuan sambil mengekalkan kestabilan, melaksanakan sepenuhnya dan setia falsafah pembangunan baharu dalam semua bidang, dan mempercepatkan pembinaan paradigma pembangunan baharu.
Ia akan melaksanakan dasar yang lebih proaktif dan berkesan, meneruskan pembangunan berkualiti tinggi sebagai keutamaan, menggalakkan lebih berdikari dan kekuatan dalam sains dan teknologi, dan mengekalkan momentum yang kukuh dalam pembangunan ekonomi dan sosial. China akan memenuhi matlamat dan tugas FYP Ke-14 dengan kualiti yang tinggi, dan meletakkan asas kukuh untuk memulakan FYP Ke-15 (2026-2030) dengan baik.
- Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’