Mesyuarat Pucuk Pimpinan PKC Atur Bantuan Bencana Gempa Xizang

(CRI)Jumaat 10 Januari 2025

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat pucuk pimpinan PKC pada Khamis untuk meneliti bantuan bencana berikutan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan Dingri di Wilayah Autonomi Xizang awal minggu ini.

Menurut mesyuarat itu, tindakan pantas pihak berkuasa tempatan serta kecekapan pasukan penyelamat meminimumkan jumlah korban dan memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan dengan lancar.

Bantuan bencana kini berada di fasa kritikal dan perlunya usaha habis-habisan dilakukan untuk merawat mangsa yang cedera, memenuhi keperluan asas penduduk yang terjejas dan memastikan keselamatan dan kehangatan mereka sepanjang musim sejuk.

Mesyuarat itu turut menyeru supaya mempercepat kerja pembangunan semula pasca gempa, pembaikan infrastruktur dan pembersihan runtuhan serta memulihkan aktiviti pengeluaran dan kehidupan masyarakat di kawasan terjejas secepat mungkin.

Antara aspek lain yang diberi penekanan ialah meningkatkan lagi ketahanan seismik bangunan dan infrastruktur di kawasan berkenaan serta keupayaan menghadapi bencana gempa.

Video

Berita Berkaitan