- Lain-lain
Gempa Xizang: Pekerja Sosial Beri Bantuan Kaunseling Untuk Kanak-kanak
Seorang pekerja sosial memberi hadiah mainan kepada seorang kanak-kanak di tempat penempatan semula di sebuah kampung di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 8 Januari 2025. (Foto/Xinhua) |
Bencana gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang melanda kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada Selasa juga menyaksikan kanak-kanak dan remaja turut sama terjejas.
Justeru, usaha untuk memberikan khidmat kaunseling khususnya kepada golongan tersebut berhubung trauma pasca bencana telah menjadi fokus bantuan bencana.
Agensi berita Global Times ketika membuat liputan di kampung Tangren di pekan Cuoguo – kawasan yang terjejas teruk akibat bencana itu, telah menyaksikan usaha-usaha bantuan dilakukan secara komprehensif, dengan pekerja sosial giat mendekati golongan remaja dan kanak-kanak untuk memberikan kaunseling psikologi.
“Kami masih sedikit risau dan takut,” ujar Drolkar, 7, dan Tenzin, 10, ketika ditemui Global Times.
Meskipun mereka menyambut mesra kedatangan wartawan, namun ketakutan terhadap gempa bumi masih jelas terpapar pada wajah Drolkan, Tenzin dan beberapa kanak-kanak lain semasa berbual-bual.
Pekerja sosial dari Pusat Perkhidmatan Kerja Sosial Starlight Xizang, Tseten Lhamo berkata pihaknya memfokuskan untuk membantu kanak-kanak tersebut untuk bangkit mengatasi kesan psikologi.
Menurut Global Times, pusat tersebut bersama-sama dengan jawatankuasa tempatan Liga Belia Komunis China Xizang telah mendirikan bilik darjah sementara di kampung Tangren dan menawarkan kaunseling psikologi menggunakan bahan bacaan kanak-kanak yang didermakan oleh pelbagai pihak.
“Kaedah yang digunakan adalah berkesan. Menerusi pembacaan, kita boleh membantu kanak-kanak menghadapi emosi dan ketakutan dengan tepat. Menerusi aktiviti berkumpulan, kita juga boleh membantu menjaga kanak-kanak di kawasan terjejas sementara ibu bapa mereka fokus dengan usaha menyelamat,” ujar Lhamo.
Kanak-kanak yang terjajas akibat gempa bumi di Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. (Global Times/Cui Ming) |
Bantuan gempa seperti makanan, minuman dan keperluan harian dihantar secara berterusan di Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. (Global Times/Cui Ming) |
Sekumpulan dapur pemanas tiba di pusat gempa Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. Ketika ini, perbezaan suhu tempatan yang ketara antara siang dan malam menjadikan pemanas itu satu keperluan. (Global Times/Cui Ming) |
Penduduk di kawasan yang terjejas akibat gempa sedang beratur untuk menerima bantuan makanan di Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. (Global Times/Cui Ming) |
Bantuan gempa seperti makanan, minuman dan keperluan harian dihantar secara berterusan di Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. (Global Times/Cui Ming) |
Bantuan gempa seperti makanan, minuman dan keperluan harian dihantar secara berterusan di Perbandaran Tsogo di kaunti Dingri, Xigaze, di Wilayah Autonomi Xizang pada 9 Januari 2025. (Global Times/Cui Ming) |
- Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Gempa Xizang: Tumpuan Beralih kepada Penempatan Mangsa dan Pembangunan Semula
- Gempa Xizang: China Peruntukan RMB80 Juta Untuk Pengeluaran Pertanian
- Usaha Menyelamat Habis-habisan di Xizang
- Gempa Xizang: Barang Bantuan Tiba di Kawasan Bencana
- Gempa Xizang: Berlumba dengan Masa Dirikan Khemah untuk Penduduk Terjejas
- Xi Gesa Pelbagai Pihak Salur Bantuan Segera Selamatkan Mangsa Gempa di Xizang
- 22,000 Barang Dihantar Bantu Mangsa Gempa di Xizang
- Gempa Bumi Taiwan: 12 Maut, 1135 Cedera
- Taiwan Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 7.3
- Gempa Bumi 5.7 Magnitud Landa Pulau Jawa