- Lain-lain
KDNK China Tumbuh 5 Peratus, Capai Sasaran Tahunan
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China tumbuh 5 peratus tahun ke tahun pada 2024, mencapai sasaran kerajaan untuk sepanjang tahun, menurut data rasmi pada Jumaat.
KDNK China mencatat rekod 134.9084 trilion yuan tahun lepas, melihat kepada data Biro Statistik Negara (NBS).
Pada suku keempat 2024, ekonomi berkembang 5.4 peratus tahun ke tahun, lebih pesat daripada pertumbuhan 4.6 peratus pada suku sebelumnya.
Memetik ketua NBS Kang Yi pada taklimat media, meskipun berdepan tekanan luaran dan cabaran-cabaran domestik yang meningkat, China berjaya merealisasikan sasaran-sasaran utama yang ditetapkan pada 2024. Pencapaian ini dikatakannya “tidak datang dengan mudah”.
Membandingkan suku tahun, KDNK China tumbuh 1.6 peratus pada Oktober hingga Disember 2024 pada kadar yang lebih pesat berbanding pertumbuhan 0.9 peratus yang direkodkan pada suku ketiga.
Prestasi suku keempat ini dilakar biarpun wujudnya pelbagai kesukaran dan cabaran. Dari perspektif domestik, pertumbuhan perbelanjaan pengguna kekal sederhana, sesetengah perusahaan mengalami masalah operasi, dan risiko dalam sektor tertentu menjadi faktor yang perlu diberikan pertimbangan. Dari sudut global pula, konflik geopolitik dan amalan perlindungan yang makin menjadi-jadi menambah lagi kepada situasi rumit yang dihadapi oleh ekonomi China.
Jelas Kang, langkah China memperkenalkan pakej dasar tambahan tepat pada masanya, membantu menguatkan keyakinan dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Ujarnya lagi, China akan terus menggalakkan pemulihan berterusan ekonomi negara.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- KDNK China Naik 4.8% dalam Tiga Suku Pertama 2024
- Entiti Baru Muncul di Asia Kekal Pemacu Ekonomi Global: IMF
- Jualan Runcit di China Naik 3.7 Peratus Separuh Pertama 2024
- KDNK China Berkembang 5 Peratus Separuh Pertama 2024
- China Tetap Enjin Terbesar bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Pegawai ADB
- KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024
- KDNK China Naik 5.2 Peratus
- Ekonomi China Tingkat 5.2% pada 2023
- NBS: KDNK China 2023 Tumbuh 5.2%
- IMF Naikkan Unjuran terhadap Pertumbuhan Ekonomi China