- Lain-lain
AS Dikecam Perketat Sekatan Eksport Cip
Baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan peraturan baharu untuk meningkatkan lagi sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dan teknologi yang direka oleh negara itu.
Peraturan baharu itu bukan sahaja mengehadkan eksport cip ke China, tetapi juga mengklasifikasikan kebenaran akses negara dan wilayah di seluruh dunia kepada cip AS, dengan tujuan mengekang sepenuhnya teknologi berkenaan masuk ke China.
Dalam pada itu, 18 sekutu dan rakan kongsi penting AS dikecualikan daripada sekatan di bawah peraturan baharu tersebut.
Selain sekutu rapat, negara atau wilayah yang memenuhi 'piawaian keselamatan' AS dibenarkan membeli sehingga 50,000 cip unit pemprosesan grafik (GPU).
China merupakan antara negara yang dikenakan sekatan paling ketat.
Dalam erti kata yang lain, AS perlu 'mengawal' negara-negara di dunia demi mengekang China.
Bagaimanapun peraturan baharu itu mendapat bantahan keras daripada syarikat pembuat cip AS. Ujar mereka, peraturan berkenaan mengabaikan tujuan asal kawalan eksport dan merupakan bentuk kawalan yang berlebihan, bukannya melindungi kepentingan AS.
Media tempatan juga melaporkan bahawa sekatan eksport cip AI mencetuskan pertelingkahan yang jarang berlaku. Kini, syarikat pembuat cip AS dilihat menentang dasar-dasar yang diperkenalkan dua parti terbesar negara itu.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Sekatan AS Tidak Mampu Halang Kemajuan China: MOC
- Saling Untung Inti Pati Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan: MFA
- China Bantah Keras Akta Kebenaran Pertahanan AS
- Dakwaan "De-risiko" Barulah Risiko Sebenar dalam Rantaian Pembekalan Global
- China Umum Tindakan Balas terhadap Kompleks Perindustrian Ketenteraan AS
- 'Kumpulan Kecil' Bantut Kemajuan Teknologi : Wakil China
- China Zahir Kebimbangan terdahap Dasar Sekatan AS
- China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
- China Kritik Laporan AS Penuh Pembohongan
- China Bantah EU Masukkan Syarikat China dalam Sekatan